Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Loading...

Pendidikan boleh diperoleh di mana-mana sahaja dan tidak tertakluk kepada apa-apa syarat, lebih-lebih pada zaman teknologi ini. Sama ada di universiti, kolej, politeknik, rumah mahupun di jalanan, pelajaran boleh diperolehi jika kita mahu.

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Tidak menamatkan pelajaran di peringkat universiti, tidak bermaksud anda gagal, apa yang penting adalah anda tahu apa yang anda minat dan mahukan, dan bekerja keraslah mengejar cita-cita anda.

iluminasi.com ingin berkongsi 8 individu paling kaya di dunia yang tidak menamatkan pelajaran di universiti.

 

8. Steven Spielberg – RM15.5 billion

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Beliau merupakan antara pengarah paling terkenal di dunia. Beliau juga merupakan antara salah seorang paling kaya di Hollywood.

Selepat tamat sekolah menengah, beliau memohon untuk memasuki sekolah perfileman di Universiti Southern California. Namun ia ditolak disebabkan gred beliau yang kurang memuaskan. Beliau kemudian diterima masuk ke California State University.

Ketika sedang belajar, beliau bekerja sebagai pelatih tak berbayar di Universal Studios di bahagian penyuntingan. Beliau kemudian diberi peluang untuk menghasilkan filem pendek, yang mana ditulis dan arahkan sendiri, bertajuk Amblin’.

Ia berjaya menambat hati Naib Presiden Universal Studios dan diberikan kontrak 7 tahun bersama Universal Studios membuatkan beliau berhenti daripada belajar di universiti.

Ia menjadikan Steven Spielberg sebagai individu termuda mendapat kontrak jangka masa panjang bersama Universal Studios.

 

7. Ralph Lauren – RM22.2 billion

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Jenama Ralph Lauren adalah antara jenama pakaian paling terkenal dan terkemuka di dunia. Ia merupakan hasil idea kreatif pengasasnya, Ralph Lauren. Beliau lahir di Amerika Syarikat dalam sebuah keluarga imigran dari Rusia. Beliau sejak kecil bercita-cita untuk menjadi kaya, dan mula bekerja dalam bidang pakaian sejak usia remaja.

Ralph kemudian menyambungkan pelajarannya di Baruch College (City University of New York) dalam bidang perniagaan, selepas tamat sekolah menengah. Namun beliau berhenti daripada belajar dan menyertai pasukan tentera selepas 2 tahun di kolej tersebut.

Seterusnya Ralph bekerja di sebuah syarikat tali leher sebagai jurujual ketika berusia 28 tahun.

Kerana segala ideanya ditolak oleh syarikat yang beliau bekerja, akhirnya Ralph menubuhkan Ralph Lauren Corporation pada tahun 1967.

Dan kerana minatnya terhadap sukan, beliau menamakan pakaian lelaki pertama yang dihasilkannya sebagai “Polo”. Kini Polo Ralph Lauren terkenal di seluruh dunia.

 

6. Dustin Moskovitz – RM57.5 billion

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Ramai yang mengenali nama Dustin Moskovitz sebagai rakan sebilik Mark Zuckerberg yang membantu membina laman sesawang Facebook ketika sama-sama belajar di Universiti Harvard.

Setelah 2 tahun menyambungkan pelajaran di Universiti Harvard dalam bidang ekonomi, beliau berpindah ke Palo Alto menyertai pasukan Facebook mengembangkan syarikat tersebut. Namun pada tahun 2008, Dustin meninggalkan Facebook dan mengasaskan syarikat perisian komputer, Asana, bersama Justin Rosenstein.

Berdasarkan 2.3% saham yang dipegangnya dalam Facebook, pada Mac 2011, Dustin menjadi billionaire ke-2 termuda dalam sejarah, menurut Forbes.

 

5. Paul Allen – RM86.9 billion

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Paul Allen merupakan rakan baik Bill Gates, yang juga merupakan rakan zaman persekolahan. Selepas tamat sekolah di Lakeside School, Paul yang mendapat markat penuh bagi SAT (markah untuk masuk ke kolej) iaitu 1600. Beliau diterima masuk ke Washington State University, kemudiannya berhenti daripada universiti selepas 2 tahun untuk bekerja sebagai programmer di Honeywell.

Paul kemudiannya bekerjasama dengan rakannya Bill Gates dan menubuhkan Microsoft pada tahun 1975, yang kini menjana keuntungan RM358 billion setahun. Paul Allen juga merupakan pengasas dan CEO syarikat Vulcan Inc.

Paul meninggalkan Microsoft pada tahun 1982 kerana masalah kesihatan yang serius. Pada Jun 2017, kekayaan Paul Allen merupakan manusia ke-46 paling kaya di dunia.

 

4. Michael Dell – RM104 billion

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Michael Dell merupakan pengasas dan CEO kepada syarikat Dell Technologies, antara salah satu syarikat infrastruktur teknologi terbesar di dunia. Michael Dell menyambungkan pelajaran di University of Texas dalam bidang perubatan. Ketika itu, beliau memulakan bisnes secara tak langsung, dengan menjual peralatan menaiktaraf komputer peribadi, di biliknya di asrama.

Michael mula menyedari bahawa banyak wang dapat dijimatkan dengan menjual komputer terus kepada pembeli, daripada mereka membeli terus dari kedai.

Berbekalkan modal RM4,200 daripada simpanan beliau, Michael Dell menubuhkan syarikat “PC’s Limited” pada tahun 1984. Beliau menjual komputer dengan harga yang lebih murah daripada kedai-kedai yang dihasilkan sendiri dengan memasang komponen-komponen menjadi sebuah komputer.

Pendapatan Dell Technologies pada tahun 2016 adalah RM258 billion, dan nilai kekayaan Michael Dell menjadikan beliau individu ke-37 terkaya pada Februari 2017.

 

3. Larry Ellison – RM254 billion

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Larry Ellison terkenal sebagai pengasas bersama dan CEO Oracle Corporation. Larry melanjutkan pelajaran di University of Illinois selepas tamat sekolah menengah. Namun disebabkan ibunya meninggal dunia, beliau telah berhenti belajar.

Larry kemudiannya meneruskan pelajarannya semula di University of Chicago, dan ia hanya bertahan selama 1 semester sahaja sebelum beliau sekali lagi berhenti. Ketika di University Chicago, beliau mula mengenali rekabentuk komputer buat kali pertama.

Pada 1970-an, Larry bekerja dengan syarikat Ampex Corporation di mana beliau membina pangkalan data untuk CIA yang diberi nama “Oracle”. Dan pada tahun 1977, beliau mengasaskan Oracle bersama-sama Bob Miner dan Ed Oates.

Kini Larry merupakan manusia ke-7 paling kaya di dunia.

 

2. Mark Zuckerberg – RM300 billion

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Tak perlu diperkenalkan lagi nama ini. Ramai yang sudah mengetahui cerita Mark Zuckerberg melalui filem “Social Network”. Mark mula menggunakan komputer dan menghasilkan perisian komputer sejak usia muda lagi. Individu yang bertanggungjawab mengajarnya dalam bidang ini adalah bapanya yang mengajar Atari BASIC Programming.

Mark kemudian diajar secara persendirian oleh David Newman, sorang pembina perisian komputer. Mark Zuckerberg melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard dan di situlah beliau mula-mula membina laman web yang dahulunya dikenali sebagai “The Facebook”.

Setelah Facebook semakin berkembang, Mark berhenti dari Universiti Harvard ketika tahun kedua untuk meneruskan projek, yang kini mempunyai 2 billion pengguna di seluruh dunia.

Mark Zuckerberg kini merupakan individu ke-5 terkaya di dunia, dengan nilai kekayaan RM300 billion. Walaupun tak menamatkan pelajaranya, Mark menerima ijazah kehormat daripada Universiti Harvard pada 28 Mei 2017.

 

1. Bill Gates – RM360 billion

Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!
Sangat HEBATT!! 8 Individu Paling Kaya Di Dunia Yang Tak Habiskan Pelajaran Di Universiti.. No 2 tu CONFIRM Semua Orang Kenal!!

Berada di tangga pertama senarai ini tidak lain dan tidak bukan, manusia paling kaya atas muka bumi dengan kekayaan RM360 billion, Bill Gates. Bill Gates melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard pada 1973, selepas mendapat markah SAT 1590 (markah penuh 1600).

Bill Gates yang memilih kursus pra-undang-undang kemudiannya menyambung ijazah dalam komputer sains. Ketika berada di Harvard, beliau mengenali Steve Ballmer. Selepas 2 tahun di Harvard, Paul Allen meyakinkan Bill Gates supaya berhenti belajar untuk bekerjasama membina syarikat Microsoft.

Bill Gates membuat keputusan meninggalkan Harvard untuk Microsoft, manakala Steve Ballmer menghabiskan pelajarannya.

Steve Ballmer yang mempunyai ijazah, kemudiannya diambil bekerja di Microsoft oleh Bill Gates, yang tidak menamatkan pelajaran. Walaupun tidak menamatkan pelajaran, Bill Gates berkata, :

“Walaupun saya tidak menamatkan pelajaran dan bernasib baik mengejar kerjaya dalam bidang perisian komputer, namun mendapatkan ijazah adalah lebih selamat untuk mengejar cita-cita,”.

Kini Microsoft merupakan antara syarikat paling berjaya atas muka bumi.

 

Kredit: iluminasi

Loading...