Sudah Jatuh Ditimpa Tangga Nasib malang Cikgu Pencen 63 Tahun Selepas Nikah…

Loading...

Bahagia hanya sementara…. Begitulah nasib seorang cikgu pencen, Haji Nasir ,63 dari Kampung Masago Kecamatan Patimpeng, Sulawesi Selatan yang baru sahaja bernikah dengan seorang anak dara berumur, Milawati, 18 pada hari Isnin (11/7/2016).

Beliau telah ditahan pihak polis di Mapolres Bone, Jalan Yos Sudarso, Kecamatan Tanete Riattang Timur, Watampone kerana melanggar seorang pejalan kaki berusia 74 tahun pada hingga mati dengan motorsikalnya pada Sabtu lalu (3/9/2016).

Seperti peribahasa “Sudah jatuh ditimpa tangga”, isterinya yang masih muda itu pula minta dia diceraikan. Mila enggan mengulas lanjut kenapa dia bertindak demikian.

“Malas lah ditanya-tanya tentang Aji Nasir, iya mau cerai,” ujar Mila ketika ditanya melalui telefon oleh wartawan TribunBone.com.

“Yang jelasnya tidak mau ma sama Aji, jelas mi to !.”

Haji Nasir dalam nada sedih menjelaskan

“Mau apa lagi nak, ini musibah bagi saya, saya langsung menyerahkan diri setelah saya tahu mangsa meninggal, Saya malu kalau mesti dijemput polis di rumah,”

Jika sabit kesalahan. Haji Nasir bakal menerima hukuman penjara paling lama enam tahun penjara dan atau denda 12 juta rupiah.

Berikut 15 faktan menarik tentang mereka:

Haji Nasir dan Milawati berkahwin, Isnin(11/7/2016),
Mereka bernikah di Desa Suwa, Kecamatan Libureng, Kabupaten Bone atau rumah mempelai perempuan,
Beza usia mereka adalah 40-an tahun,

Nasir adalah pesara PNS guru, sedangkan Milawati baru saja tamat pendidikan sekolah menengah atas,

Sebelum berkahwin dengan Milawati, Nasir tinggal di Desa Masago, Kecamatan Patimpeng, Kabupaten Bone,
Haji Nasir merupakan duda. Isteri pertamanya meninggal dunia kira-kira tiga bulan lalu dan tak mempunyai anak dari isteri pertamanya,

Berita perkahwinan datuk usia 60-an tahun dengan gadis usia belasan tahun pertama kali disebar melalui media sosial Facebook oleh pemilik akaun Nurfahrah Yusuf pada Isnin,
Pernikahan berlangsung dalam adat Bugis Bone,
Nasir menganggarkan kos perkahwinannya Rp 50 juta. Wang hantaran Rp 20 juta dan bakinya untuk urusan majlis, hiasan, dan hiburan,
Sebelum melamar Milawati, Nasir sebagaimana diakui Ketua Kampung Suwa, Salahuddin Bakri, melamar sepupu Milawati yang berstatus janda.

 

Penyanyi Remaja Popular ‘Kantoi’ Ditangkap Khalwat Di USJ Subang

Terkejut! Itulah perasaan yang dapat kami dapat gambarkan apabila seorang penyanyi remaja popular ditangkap dalam sebuah operasi yang telah dijalankan pada bulan yang lalu.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, penyanyi remaja ini yang juga merupakan salah seorang finalis Juara Lagu 2016telah ditangkap berdua-duaan dengan seorang gadis dalam keadaan yang mencurigakan.

Kejadian tersebut terjadi di sebuah kawasan perumahan USJ Subang dan kedua-duanya berada di dalam sebuah kereta dalam keadaan gelap.

Difahamkan, ketika disoal siasat, kereta yang digunakan adalah milik gadis berkenaan dan penyanyi tersebut turut merayu supaya kejadian ini tidak dipanjangkan kerana khuatir akan karier nya di dalam bidang seni akan terjejas.

Sayang seribu kali sayang kerana kami berasakan penyanyi ini berpotensi besar dan hampir setiap lagunya diterima baik oleh peminat. Kami berharap penyanyi ini belajar dari kesilapan tersebut kerana kami percaya jika peminat dan keluarga beliau tahu akan kes ini, pasti mereka akan kecewa.

Sumber

Loading...