Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!

Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!

Loading...
Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!
Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!

Baru-baru ini tersebarnya sebuah rakaman video yang menaikkan amarah netizen mengenai seorang gadis dicabul secara terang-terangan, namun tiada seorang pun yang cuba membantu gadis malang itu!

Kejadian yang berlaku di Casablanca, Morocco ini melibatkan enam orang remaja lelaki yang menyerang seorang gadis di dalam bas awam. Mereka telah menarik baju dan seluarnya secara paksa dari tubuh mangsa, lapor World of Buzz.

Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!
Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!

Rakaman tersebut jelas menunjukkan sekumpulan lelaki cuba meramas payudara mangsa dan menghisapnya, sambil mangsa menjerit meminta pertolongan. Tidak cukup dengan perbuatan itu, remaja lelaki tersebut sempat memakinya dalam bahasa Arab.

Gadis yang berusia 24 tahun berkenaan dilihat menangis dan sedang cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari kumpulan lelaki yang jahat itu. Namun baik pemandu bas mahupun penumpang di dalam bas tersebut, seorang pun tidak cuba untuk meleraikan kejadian berkenaan.

Setelah puas bergelut, dia akhirnya terlepas dari serangan lelaki-lelaki itu dan berlari ke hadapan bas dalam keadaan dadanya yang terdedah. Aduhai takkanlah tak ada seorang pun nak tolong!

Apabila disoal, syarikat bas berkenaan membela pemandu bas mereka dengan mengatakan rakaman yang tersebar itu ‘terlalu pendek’ dan ‘hanya berdurasi seminit sahaja’. Maka mereka tidak boleh membuktikan sama ada pemandu bas tersebut ada membantu gadis berkenaan selepas itu ataupun tidak.

Sungguhpun kebanyakan netizen mengecam kejadian berkenaan, masih ada segelintir individu yang menyalahkan gadis tersebut kerana tidak menutup aurat.

“Dia yang memprovokasi para lelaki dengan pakaian yang tidak sopan,” komen salah seorang netizen.

“Saya mengecam tindakan berkenaan namun pakailah pakaian sopan. Gadis ini begitu mudah untuk dibogelkan,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Sungguhpun dia tak tutup aurat, wajar ke lelaki tu buat macam tu? Hish!

Menurut laporan The Independent, dua daripada tiga wanita di Morocco mengaku mereka pernah menjadi mangsa gangguan fizikal, psikologi, seksual dan ekonomi di negara itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Morocco telah menangkap enam orang lelaki yang berusia antara 15 hingga 17 atas “cubaan mencabul wanita”.

Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!
Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!

Sumber

Remaja 19 tahun lahirkan bayi dan buang di rumah jiran..

Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!
Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!

BATU PAHAT, JOHOR – Seorang remaja ditahan polis selepas didapati membuang bayi yang baru saja dilahirkan di rumah jirannya pada tengah malam semalam, lapor Berita Harian.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, remaja berusia 19 tahun itu pergi ke rumah jirannya di seberang jalan rumah keluarganya lalu melahirkan bayi itu di beranda rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, ketika kejadian itu, pemilik rumah yang juga merupakan pasangan warga tua tidak berada di rumah kerana bermalam di rumah anak mereka di Parit Sulong.

Bagaimanapun, apabila pasangan itu pulang ke rumah mereka kira-kira jam 7 pagi tadi, mereka menemui seorang bayi perempuan di tepi beranda rumah dan terdapat kesan tumpahan darah di lantai.

“Pasangan itu kemudian memaklumkan kepada polis sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

“Siasatan di sekitar lokasi kejadian membawa kepada penemuan uri dan tali pusat yang dibuang di tepi rumah suspek dan suspek kemudian mengaku telah melahirkan dan membuang bayinya di rumah pasangan warga emas itu.

Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!
Gadis Ini DIPERKOSA Enam Lelaki di Dalam Bas Awam, Namun Tiada Seorang Pun Membantunya!

“Suspek mengaku pergi ke rumah jirannya kerana sakit perut sebelum melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.1 kilogram dan meninggalkan bayinya di situ. Suspek juga turut mengaku membuang uri dan tali pusat di tepi rumahnya,” katanya.

Difahamkan, bayi berkenaan adalah hasil hubungan sulit suspek bersama teman lelakinya.

Suspek dan bayinya telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan dan disahkan berada dalam keadaan sihat.

Abdul Wahib berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat untuk membuang bayi berkenaan. Jika disabit kesalahan, suspek berdepan dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kredit : the reporter

Loading...