Bomoh Durjana! Arah Tiga Gadis Mandi Bogel Sebelum Masukkan Jari Ke Dalam Faraj Mangsa Untuk Ubati Sakit Jiwa...

Bomoh Durjana! Arah Tiga Gadis Mandi Bogel Sebelum Masukkan Jari Ke Dalam Faraj Mangsa Untuk Ubati Sakit Jiwa…

Loading...

Seorang bomoh durjana ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap kanak-kanak kerana mencabul kehormatan gadis termasuk dua beradik di Bintulu, Sarawak.

Bomoh yang berusia 60 tahun tersebut didakwa membogelkan dan memandikan mangsa kemudian mencabul dengan memasukkan jari ke dalam faraj mereka dalam tiga kejadian yang berasingan.

Kejadian tersebut terbongkar selepas mangsa yang ketiga, yang berusia 17 tahun menceritakan perbuatan bomoh terbabit kepada bapanya. Bapanya yang berang terus mendapatkan bomoh terbabit dan menumbuknya sehingga lebam sebelum mengheretnya ke Balai Polis Bintulu beberapa hari yang lepas.

Sebelum itu, suspek juga didakwa melakukan perbuatan yang sama kepada adik mangsa, yang berusia 16 tahun pada 10 September yang lalu.

Selain kedua beradik tersebut, suspek turut mencabul seorang lagi gadis yang baru berusia 11 tahun pada 2 September yang lalu.

Bomoh Durjana! Arah Tiga Gadis Mandi Bogel Sebelum Masukkan Jari Ke Dalam Faraj Mangsa Untuk Ubati Sakit Jiwa...
Bomoh Durjana! Arah Tiga Gadis Mandi Bogel Sebelum Masukkan Jari Ke Dalam Faraj Mangsa Untuk Ubati Sakit Jiwa…

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua mangsa dihantar oleh keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh berkenaan di kuarters pekerja di Jalan Tun Hussein Onn, di Bintulu.

“Dalam sesi rawatan itu suspek membogelkan dan memandikan mangsa dan kemudian memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

“Bapa mangsa ketiga yang berang selepas dimaklumkan kejadian itu berjumpa bomoh berkenaan dan kemudiannya menumbuk mukanya sebelum mengheret bomoh itu ke balai polis,” katanya.

Tambah Datuk Dev Kumar lagi, selepas ditahan, polis menghantar lelaki berkenaan ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan pesakit luar apabila mukanya lebam selepas ditumbuk.

Bomoh Durjana! Arah Tiga Gadis Mandi Bogel Sebelum Masukkan Jari Ke Dalam Faraj Mangsa Untuk Ubati Sakit Jiwa...
Bomoh Durjana! Arah Tiga Gadis Mandi Bogel Sebelum Masukkan Jari Ke Dalam Faraj Mangsa Untuk Ubati Sakit Jiwa…

Menurut laporan Kosmo! ketiga-tiga mangsa didakwa menghadapi masalah peribadi dan bomoh berkenaan mendakwa bahawa mangsa memerlukan rawatan beliau.

Bomoh terbabit juga mendakwa, perbuatan tersebut merupakan “ritual” bagi mengubati penyakit berkaitan dengan jiwa yang dihadapi oleh kesemua mangsa.

Sumber: Malay Mail

Kredit : Kisah dunia

Loading...